TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Saturday, 9 November 2019

WANITA BANDAR PUTUS HAID LEBIH AWAL ? BETUL KE ?




Setiap wanita akan melalui fasa putus haid atau lebih dikenali sebagai menopause suatu hari nanti. Kebiasaannya, mereka akan mengalami fenomena ini apabila mereka berusia diantara 50 hingga 55 tahun. Namun, baru-baru ini kajian menunjukkan wanita yang tinggal di bandar akan putus haid lebih awal berbanding dengan wanita yang tinggal di luar bandar. Ingin tahu kenapa ?





MENOPAUSE BUKAN PENYAKIT

Apa perbezaan besar antara wanita yang tidak subur dan wanita berpenyakit. Jika seseorang wanita itu berpenyakit.. ia mungkin boleh menyebabkan ketidaksuburan namun tidak semua ketidaksuburan mesti dikaitkan dengan penyakit.

Menopause adalah merupakan satu fenomena dimana kitaran haid seorang wanita terhenti untuk tempoh sekurangnya 12 bulan. Hal ini berlaku kerana ovari tidak lagi mengeluarkan dua hormon penting dalam mengekalkan kesuburan wanita iaitu estrogen dan progestron. Tanpa kedua-dua hormon ini.. kemampuan reproduktif wanita tamat serta merta.

Usia menopause bagi setiap wanita adalah berbeza bergantung kepada faktor gaya hidup individu tersebut seperti :

  • Penggunaan ubat perancang 
  • Merokok
  • Obesiti
  • Kekerapan melakukan aktiviti fizikal 


Purata wanita di Malaysia mengamalami menopause pada usia diantara 45 hingga 52 tahun 





PUTUS HAID SETAHUN LEBIH AWAL ?

Baru-baru ini sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Dr Kai Triebner telah menerbitkan satu kajian berkenaan dengan kesan persekitaran hijau dan kehidupan urban terhadap usia menopause dalam kalangan 1955 wanita. Kajian ini agak menarik kerana wanita yang tinggal diluar bandar mengalamo menopause pada usia 16 bulan lebih lewat berbanding dengan wanita yang tinggal di kawasan bandar. 

Secara tidak langung.. ini bermaksud bahawa wanita yang tinggal diluar bandar mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapatkan lomplikasi menopause seperti sakit jantung dan tulang rapuh (osteoporosis) Perkara ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Ossewaarde pada tahun 2005. Mereka mendapati bahawa yang mengalami menopause pada usia yang lanjut mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung yang rendah.




HUBUNGAN DI ANTARA MENOPAUSE DAN STRESS

Bermula daripada saat wanita mendapat haid sehingga mereka mencapai menopause..hormon estrogen perlahan-lahan mengalami penurunan kadar rembesan sehingga tidak cukup untuk ia menampung fungsi sistem reproduktif. Walaubagaimanapun.. kadar rembesan hormon tersebut boleh terganggu sekiranya hormon kortisol mencapai tahap yang tinggi dimana ia boleh mengurangkan penghasilan hormon estrogen seterusnya menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Hormon kortisol dihasilkan oleh kelenjar adrenal ketika stress. 

Mereka yang tinggal di bandar kebiasaannya mengalami tahap stress yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tinggal diluar bandar. Memikirkan kos hidup yang tinggi terpaksa mengambil masa tambahan untuk bekerja, tersekat dalam kesesakkan jalan raya. Ini adalah merupakan contoh situasi yang dapat meningkatkan tahap stress semasa tinggal di bandar. Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Dalhousie, canada mendapati wanita yang bekerja pada waktu malam mempunyai 9% risiko untuk menopause awal berbanding dengan populasi wanita umum. 

Pesekitaran luar bandar yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau dapat menurunkan kadar rembesan kortisol seterusnya meningkatkan rembesan estrogen. Menurut kajian Dr Kai, ia terbukti melambatkan usia wanita mencapai fasa menopause seterusnya meningkatkan kualiti hidup dalam jangka masa panjang. jadi, buat wanita diluar sana.. luangkan lebih masa anda di persekitaran yang hijau kerana ia penting untuk kesihatan anda secara umum. 



No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT