Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa. Namun jika sampai sekarang.. pasangan atau mana-mana ahli keluarga tidak dikurniakan cahaya mata, pasti kalian ingin tahu doa cepat hamil secara islam.
Pemberian yang ditunggu oleh pasangan suami isteri dengan disertai doa cepat hamil secara islam boleh diamalkan supaya rahim lekat dengan denyutan jantung bayi.
Tahukah anda.. selain kisah umat terdahulu yang diceritakan sebagai pengajaran buat kita. dalam Al-Quran juga terdapat banyak doa yang boleh diamalkan. Persoalannya..
Doa adalah satu tanda kehambaan kita kepada Pencipta. Allah yang memegang segala acuan kehidupan kita dan kepada DIA-lah kita patut jadikan sandaran mahupun rujukan sama ada ketika senang mahupun susah.
Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan doa cepat hamil secara islam yang boleh anda amalkan.
SURAH ALI IMRAN AYAT 38
" Wahai Tuhanku.. kurniakanlah kepada-ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya.. Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
Doa Nabi Zakaria a.s.yang memohon kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat yang baik untuk kelangsungan dakwahnya.
SURAH IBRAHIM AYAT 40
" Wahai Tuhanku ! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami.. perkenankanlah doa permohonanku."
Salah satu doa Nabi Ibrahim a.s agar diperlihara zuriat dan keturunannya.
SURAH AL-FURQAN AYAT 74
" Wahai Tuhan kami.. berikanlah kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami.. perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya.. dan jadikanlah kami pemimpin ikutan orang-orang yang bertakwa. "
Doa untuk memohon kebaikkan daripada anak dan isteri
SURAH AS-SAFFAT AYAT 100
" Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku anak dari kalangan orang-orang yang soleh. "
Doa permohonan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat keturunan.
SURAH AL-AHQAF AYAT 15
" Wahai Tuhanku.. ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikkan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya.. aku bertaubat kepada-Mu.. dan sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)"
Semoga dengan mengamalkan doa ini dapat menjadikan diri kita dan zuriat keturunan agar menjadi muslim yang diredhai oleh Allah s.w.t sehingga akhir kehidupan kelak.
Doa ibu bapa adalah doa yang mudah untuk dimakbulkan. Oleh itu.. ibu dan ayah sewajarnya mengambil peluang ini untuk mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat anak-anak yang menjadi amanah buat mereka .
Sesungguhnya.. orang yang berdoa akan dikasihi oleh Allah s.w.t kerana dia menyedari tentang kedudukan dirinya sebagai hamba Allah s.w.t yang mengharapkan bantuan dari yang Maha Kuasa atas segalanya. Doa juga sebagai tali perhubungan antara kita dengan Allah s.w.t.
Mintalah kepada-Nya.. PASTI DIDENGARI. Cepat atau lambat dimakbulkan menjadi urusan-Nya.. apa yang pasti sebagai hamba-nya jangan berhenti berharap atau berdoa kepada-nya dan jangan sesekali menyekutukan Allah dengan apa jua sekalipun dengan berharap pada makhluk yang lain.
Selain DOA sebagai amalan.. Ibu ayah juga boleh amalkan pemakanan yang sihat.
regsfg
Antaranya seperti:
- Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein kerana ia rendah lemak dan kurang kalori seperti telur, kacang almond, susu dan daging ayam.
- Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan salmon, sardin, tuna dan telur.
- Untuk segera hamil, ibu juga perlu banyak makan karbohidrat untuk tambah tenaga seperti roti gandum dan beras perang. Kandungan vitamin B, antioksidan dan zat besi membantu reproduksi dalam keadaan subur.
- Makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi supaya dapat tingkatkan kualiti telur seperti bayam, daging, ikan dan banyak lagi.
- Selain itu anda juga boleh amalkan Listra kerana Listra merupakan suplimen yang mengandungi makanan sunnah seperti Habbatus Sauda dan susu kambing yang baik untuk kesihatan dan kesuburan serta amat sesuai untuk anda yang sedang ikhtiar zuriat.
No comments:
Post a Comment