Hormon adalah rembesan endokrin yang bertindak sebagai mesej kepada sistem kelenjar yang akan mengimbangi dan mengawal sistem penting dalam tubuh. Rembesan ini melibatkan sistem utama tubuh seperti fungsi organ tubuh.. petumbesaran.. sistem reproduksi.. penuaan.. kawalan emosi dan tingkahlaku kita.
Kestabilan hormon bagi perempuan merupakan sesuatu yang amat penting kerana jika hormon mereka tidak seimbang.. ia akan menyebabkan beberapa penyakit yang serius. Kestabilan hormon amat penting untuk kita kekal sihat.. aktif.. cergas dan penuh tenaga.. Berikut senarai makanan yang boleh kawal kestabilan hormon wanita.
1 CHIA SEED
Chia Seed sangat baik untuk membantu mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita. Seperti flexseed.. chia seed juga mengandungi omega3 yang tinggi disamping vitamin lain yang baik untuk kesihatan wanita
2. BUAH DELIMA
Khasiat yang terkandung di dalam buah delima mampu bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan hormon estrogen
3. BUAH_BUAHAN SITRUS
Selain ia kaya dengan vitamin C.. buah-buahan sitrus seperti oren, limau bali, limau nipis, tangerin dan lemon juga mengandungi untus anti-estrogen
4. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun mampu mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui kandungannya yang digelar lutreopin. Ia juga mengawal tindakan enzim aromtase iaitu enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen.
5. SAYUR - SAYURAN
Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga, sawi dan bayam mempunyai kandungan klorofil yang bertindak mengawal penghasilan hormon Estrogen. Kandungan sterol di dalamnya bertindak mengawal pembentukkan Estrogen.
INGAT !!
Kestabilan hormon amat penting tidak kira perempuan mahupun lelaki.. Kena pastikan hormon dalam keadaan terjaga dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan lakukan aktiviti sihat serta mengekalkan gaya hidup yang lebih produktif.
No comments:
Post a Comment