TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday, 20 August 2019

NAK TAHU SPERMA BERKUALITI ?? LIHAT WARNA AIR MANI DULU !!



Cubaan untuk hamil mungkin jadi satu cabaran buat sebilangan pasangan suami isteri.. Masa tu mula la anda sibuk nak tahu tanda-tanda kenapa tak subur kan...

Namun ini satu fakta penting yang anda perlu tahu yer.

MASALAH KESUBURAN BOLEH MELANDA KEDUA-DUA PIHAK.. SAMA ADA ISTERI ATAU SUAMI DALAM NISBAH 50;50

Dan semamangnya isteri sudah sinonim disalahkan dalam isu kesuburan.. sedangkan sperma yang kuat dan sihat juga mampu meningkatkan peluang untuk hamil. Selalunya.. topik tentang sperma ini agak sensitif untuk dibincangkan dengan suami... Nampak tak siapa lebih sensitif. Hihihi..

Kali ni.. kami akan kongsikan bagaimana nak tahu Air mani dan Sperma berkualiti atau tidak dengan hanya melihat warna.. Betul..!! hanya melihat pada warna.. anda boleh tahu sperma suami anda sihat atau tidak !


Warna air mani lelaki menunjukkan pelbagai info kesihatan tubuh lelaki tersebut secara semulajadi. Jika anda nak tahu bagaimana dengan kesihatan suami anda.. cuba lihat warna spermanya. 



WARNA PUTIH ATAU SEDIKIT KELABU

Warna air mani yang subur dan normal adalah warna putih atau sedikit kelabu. Jika sperma suami anda warna ini.. tandanya dia sihat ! Teruskan dengan gaya hidup yang seimbang agar kualiti sperma lebih meningkat. 

WARNA MERAH / PINK / COKLAT / OREN 

Jika terdapat warna ini dalam air mani.. ia mungkin petanda sakit HEMATOPSERMIA atau darah dalam air mani. Dalam sesetengah kes.. warna ini mungkin terjadi kerana kecederaan akibat seks atau aksi melancap yang kuat dan ganas.


Ia boleh hilang dalam masa beberapa hari.. Akan jika tiada sebarang tanda ia akan pulih atau rasa sakit di bahagian crotch.. anda perlu lakukan pemeriksaan pakar dengan segera kerana ia mungkin disebabkan tekanan darah, STD seperti herpes, klamidia atau gonorrhea.. atau mungkin jangkitan prostat. 


WARNA KUNING ATAU HIJAU 

Warna air mani lelaki yang subur tidak akan bertukar kepada warna kuning atau hijau. Jika sperma suami anda warna ni.. ia mungkin kerana sisa air kencing bercampur dengan air mani.

Akan tetapi.. ia boleh memberi maksud masalah kesihatan seperti jangkitan saluran kencing, STD atau jangkitan prostat. 

Kalau ada tanda ini.. PLEASE paksa suami dapatkan pemeriksaan pakar.

WARNA HITAM 

Selalunya.. air mani bewarna hitam bermaksud darah lama. Dan ia juga mungkin disebabkan oleh kecederaan pada saraf tunjang anda

Dapatkan nasihat pakar dengan segera.. ia mungkin boleh jadi masalah serius.





MACAM MANA NAK DAPATKAN AIR MANI YANG BERKUALITI DAN SUBUR ??

AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT ! 

Senangkan ???

Umur anda mungkin memainkan peranan dalam menghasilkan sperma yang sihat. Namun tahukah anda yang lelaki boleh hasilkan sperma hingga mereka berumur 80 tahun. 

Walaubagaimanapu.. kesihatan dan kualiti sperma akan berkurangan apabila anda menginjak usia 40 tahun ke atas. Haaaaa... 

Rileks.. jangan takut.. amalkan amalan yang boleh anda lakukan bagi menjaga kualiti sperma anda.

1. Pastikan suhu sejuk ada dibawah sebab suhu yang terlalu panas akan mengganggi ekosistem penghasilan sperma yang berkualiti

2. Makan dengan seimbang dengan elakkan makanan yang boleh membunuh sperma supaya kekal sihat dan power. Nanti kami kongsikan makanan yang boleh membunuh sperma.

3. Jangan boroi dan kekal aktif dengan bersenam sebab kajian mendapati lelaki yang aktif memiliki hormon testosteron yang lebih tinggi.. bermaksud sperma yang lebih berkualiti.

4. Bertenang bukan badan sahaja perlu sihat.. minda anda juga kena buat benda yang sama.. Jangan stress yerr..

Wednesday, 7 August 2019

HORMON DAN KITARAN HAID !




Hormon merupakan bahan kimia yang dibebaskan daripada sel, kelenjar atau organ dalam tubuh badan. Ia boleh mempengaruhi sel-sel dibahagian tubuh badan yang lain. Istilah haid 'menstruation' dan 'menses' dalam bahasa inggeris berasal dari Bahasa Latin yang bermaksud bulan. Dalam manusia.. kitaran haid berlaku secara bulanan dengan purata 28 hari setiap kitaran.

Tempoh kitaran haid dikira dari hari pertama datang haid sehingga hari pertama haid pada bulan seterusnya. Kitaran haid yang tetap bergantung pada interaksi kompleks hormon antara kelenjar pituitari, ovari dengan rahim. Folikel ovari ialah unit asas pembiakan perempuan. Satu folikel terdiri daripada kumpulan sel di dalam ovari. Ia mengandungi ovum yang belum matang.

Kitaran haid adalah penting untuk menghasilkan ovum dan menyediakan rahim untuk penghamilan. Oleh itu.. kitaran haid boleh diganggu dengan penggunaan hormon pencegah kehamilan untuk mengelakkan pembiakkan.. Kitran haid beraku dalam golongan perempuan yang subur dan primat betina yang lain. 

HORMON DALAM KITARAN HAID

Kelenjar pituitari di dalam otak menghasilkan hormon perandang folikel (Follicle Stimulating Hormone, FSH) dan Hormon Peluteinan (Luteinizing Hormone, LH) semasa kitaran haid. Jenis yang terlibat dalam kitaran haid dan fungsinya adalah seperti berikut.





PERUBAHAN HORMON SEMASA KITARAN HAID.

Kitaran haid dibahagikan kepada 3 fasa.

1. Fasa folikel atau proliferatif
2. Fasa Ovulasii


  • Fasa Luteum atau Sekretori


Semasa fasa folikel.. paras FSH meningkat dan meransang beberapa folikel ovari untuk berkembang. Salah satu folikel akan menjadi dominan dan menjadi matang. Pada masa yang sama.. ovari menghasilkan estrogen. Kesannya paras FSH menurun dan LH meningkat.

Paras LH mencapai kemuncak pada 34 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Folikel yang matang pecah dan membebaskan ovum dari ovari. Ovum tersebut ditolak ke dalam saluran fallopio. Ovum jadi matang selepas disenyawakan dengan sperma atau merosot jika tidak disenyawakan selepas satu hari. 

Selepas ovulasi.. folikel yang pecah akan bertukar menjadi korpus luteum. Korpus luteum menghasilkan progesteron dan estrogen. Keduan-dua hormon ini menyebabkan paras LH dan FSH menurun.

Korpus luteum merosot pada penghujung fasa luteum. Kemudian paras estrogen dan progesteron menurun. Kejatuhan paras hormon menyebabkan rahim meluruhkan lapisannya dan ovum yang tidak disenyawakan. Proses ini dikenali sebagai HAID (period)

Akhirnya.. kelenjar pituitari diransang untuk menghasilkan FSH dan kitaran baru bermula.

Gambar di bawah ini menunjukkan perubahan hormon dan ketebalan dinding rahim semasa kitaran haid.



PERSEDIAAN SEBELUM PENGAMBILAN SAMPEL..

Ujian paras FSH, LH, Progesteron dan Estrogen boleh membantu untuk mencari punca ketidaksuburan. 

Ujian ini dijalankan dengan menggunakan contoh darah. Lebih daripada satu contoh darah mungkin diambil setiap hari untuk beberapa hari berturutan bagi mengenalpasti masalah kitaran haid.

Ujian tersebut boleh dipengaruhi oleh ubat tertentu.. seperti pil perancang keluarga. Pendedahan kepada radioisotop dalam masa seminggu dari masa ujian boleh mempengaruhi keputusan ujian.

Maklumat tentang kitaran haid seperti tarikh pertama kitaran haid yang lalu dan kehamilan perlu dimaklumkan kepada doktor sebelum ujian darah dibuat. 

KAEDAH UJIAN

Kaedah ujian FSH dan LH yang paling lazim digunakan adalah two-site chemiluminometric immunoassay

Paras estradiol dan progesteron diukur dengan kaedah immunoassay dengan menggunakan teknologi competitive chemiluminescent

 Julat Normal - Keputusan Ujian






HORMON TAK SEIMBANG ?? AMBIL 5 MAKANAN NII !!



Hormon adalah rembesan endokrin yang bertindak sebagai mesej kepada sistem kelenjar yang akan mengimbangi dan mengawal sistem penting dalam tubuh. Rembesan ini melibatkan sistem utama tubuh seperti fungsi organ tubuh.. petumbesaran.. sistem reproduksi.. penuaan.. kawalan emosi dan tingkahlaku kita.

Kestabilan hormon bagi perempuan merupakan sesuatu yang amat penting kerana jika hormon mereka tidak seimbang.. ia akan menyebabkan beberapa penyakit yang serius. Kestabilan hormon amat penting untuk kita kekal sihat.. aktif.. cergas dan penuh tenaga.. Berikut senarai makanan yang boleh kawal kestabilan hormon wanita.



1 CHIA SEED

Chia Seed sangat baik untuk membantu mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita. Seperti flexseed.. chia seed juga mengandungi omega3 yang tinggi disamping vitamin lain yang baik untuk kesihatan wanita





2. BUAH DELIMA

Khasiat yang terkandung di dalam buah delima mampu bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan hormon estrogen




3. BUAH_BUAHAN SITRUS

Selain ia kaya dengan vitamin C.. buah-buahan sitrus seperti oren, limau bali, limau nipis, tangerin dan lemon juga mengandungi untus anti-estrogen




4. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun mampu mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui kandungannya yang digelar lutreopin. Ia juga mengawal tindakan enzim aromtase iaitu enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen.




5. SAYUR - SAYURAN

Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga, sawi dan bayam mempunyai kandungan klorofil yang bertindak mengawal penghasilan hormon Estrogen. Kandungan sterol di dalamnya bertindak mengawal pembentukkan Estrogen.




INGAT !!

Kestabilan hormon amat penting tidak kira perempuan mahupun lelaki.. Kena pastikan hormon dalam keadaan terjaga dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan lakukan aktiviti sihat serta mengekalkan gaya hidup yang lebih produktif.




LIVE CHAT