Kitaran haid (period) adalah proses perubahan bulanan yang akan dilalui oleh badan setiap wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan salah satu ovari akan melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama.. perubahan hormon membantu rahim untuk bersedia menerima kehamilan.
Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan.. lapisan rahim akan luruh melalui faraj dalam bentuk darah yang bercamput dengan bahan daripada lapisan dalaman rahim. Proses inilah yang dipanggil kitaran haid.
Kitaran haid dikawal oleh pelbagai jenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak dan juga ovari. Selepas pendarahan haid berhenti.. hormon estrogen menjadi semakin banyak dirembeskan oleh ovari & meransang pembentukkan dinding rahim baru.
Peningkatan hormon ini pula akan beri kesan negatif pada kelenjar pituitari. Hormon lain seperti peluteinan (LH) yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari seterusnya akan menyebabkan pengovulan yang berlaku pada hari ke 14 sebelum haid yang akan datang.
Pada peringkat ini.. wanita akan berada dalam keadaan subur & potensi kehamilan boleh terjadi jika lakukan hubungan seks.
Jangka hayat ovum adalah 36-48 jam. Sekiranya ovum tak disenyawakan dalam tempoh ini.. ia akan merosot & menjadi kuning yang dinamakan korpus luteum. Seterusnya pengelupasan & pemecahan dinding dalam rahim akan berlaku dan terjadinya darah haid.
HAID NORMAL
Kitaran haid dikira dari hari pertama haid dengan hari pertama haid akan datang. Kitaran haid biasanya berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari dan akan berlangsung selama 2 hingga 7 hari. Tetapi anda perlu diingatkan bahawa ianya tak sama untuk setiap wanita. Pendarahan haid mungkin berbeza selepas seseorang wanita baligh berkahwin & bersalin.
HAID TIDAK NORMAL
Kitaran haid tidak teratur bermaksud ia berlaku di antara tempoh yang berbeza iaitu
TEMPOH PANJANG
Berlaku pendarahan yang melebihi tempoh 7 - 15 hari atau sering dipanggil sebagai haid berpanjangan. Ia di kenali sebagai Menorrhagia
TEMPOH PENDEK
Berlaku pendarahan dalam jangka masa pendek dan darah yang keluar sedikit.
PUNCA HAID TIDAK TERATUR
1. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
2. Kegagalan ovari pra-matang
3. Gangguan Tiroid (Hyperthyroidism atau Hypothyroidism)
4. Tekanan
5. Penghasilan Terlalu Banyak Hormon Prolactin
Kitar haid terdiri daripada empat fasa iaitu fasa pendarahan
FASA PENDARAHAN
- Berlaku selama 2-8 hari & kemungkinan didahului dengan tanda seperti pening kepala, sakit perut, rasa mual dan muntah-muntah.
- Haid satu kitaran hormon sedang berlaku dengan sempurna dalam badan wanita setiap 28 hingga 35 hari. Bagi setiap pusinan yang normal, wanita akan kehilangan darah sebanyak 35ml hingga - 50ml
FASA FOLIKULAR
- Folikel yang kecil dalam ovari akan membesar untuk menghasilkan ovum.
- Terdapat 3 sampai 30 biji folikel akan membesar antara hari ke 8 sampai hari ke 10 kitaran haid.
- Setiap folikel mempunyai ovum & akan mengalami kematangan pada hari ke 12 hingga hari ke 16
- Pada hari ke 6 hingga hari ke 14 kitaran haid.. lapisan dinding rahim akan menjadi lebih tebal. Pada fasa ini juga terdapat peningkatan hormon estrogen yang dihasilkan oleh ovari.
FASA PENGOVULAN
- Peningkatan hormon peluteinan yang mendadak berlaku pada hari ke 14 bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari. Hormon peluteinan dirembeskan oleh kelenjar pituitari
- Peningkatan hormon menyebabkan folikel pecah dan membebaskan ovum dan proses ini dikenali sebagai pengovulan
- Sesetengah wanita akan mengalami kesakitan atau rasa tak selesa dibahagia abdomen atau perut semasa ovum dilepaskan dan tanda ini dikenali sebagai mittelschmerz yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud sakit dipertengahan pusingan.
- Ovum yang dilepaskan sama dari sebelah kiri atau kanan ovari akan mengambil masa selama lebih kurang lima hari untuk bergerak melalui salur fallopio hingga ke dalam rahim.
FASA LUTEUM
- Fasa ini berlangsung pada hari ke 15 sampai hari ke 28. Selepas folikel pecah dan mengeluarkan ovum.. ia akan tertutup dan membentuk korpus luteum
- Korpus luteum akan merembeskan lebih banyak hormon progesteron yang akan menguatkan lapisan dinding rahim jika kehamilan berlaku.
- Jika tak hamil.. korpus luteum tersebut aktif selama 14 hari dan selepas itu ia akan mengecut atau mengalami atresia.
- Ia akan menyebabkan aras hormon progesteron dan hormon estrogen mengalami penurunan yang mendadak. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan salur darah di lapisan dalam rahim akan kejang (spasma) dan mengakibatkan kekurangan bekalan darah ke lapisan atas rahim.
- Tanpa oksigen dan bekalan makanan yang mencukupi sel-sel lapisan rahim (endometrium) akan mati dan seterusnya menjadi sebahagian daripada darah haid.
No comments:
Post a Comment