TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Monday, 25 February 2019

6 PUNCA SCARY KENAPA PERIOD JADI TAK BETUL !



Ramai wanita yang tak tahu sebenarnya salah satu punca susah nak dapatkan anak adalah disebab kan salah timing untuk kesan waktu subur. Dan kalau nak kesan waktu subur kena la pastikan period molek tanpa ada sebarang problem. Tapi macam mana pula kalau kitaran period tak betul ? Kadang datang awal.. kadang lambat.. kadang sikit dan kadang banyak ?? 

Dan macam mana pula yang langsung tak datang ? menopause ke?? tapi muda lagi ? Ada juga yang 'non stop' datangnyer.. Haa.. yang ni kita kena ambil tahu.. sebab dia penentu kesihatan dan kesuburan korang berada pada tahap baik atau sebaliknya.

Kat sini kak eaisyah nak kongsikan dengan anda semua 6 punca kenapa kitaran haid bermasalah !


KENAPA HAID JADI TAK TERATUR Ekk..!




1. AMENORRHOEA

 wanita yang tak pernah datang haid pada umur 16 tahun atau period berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tapi tak mengandung 
 Ia bukan penyakit tapi mungkin disebabkan oleh gangguan hormon.. keadaan persekitaran dan corak kehidupan yang tak sihat 

2. OLIGOMENORRHOEA

 Haid datang dalam kitaran 35-90 hari ( kitaran normal 28 hari)
 Berpunca dari pengambilan pil hormon dan masalah dalaman seperti penyakit PCOS 

3. OVARI PRA-MATANG 

 Kilang Ovari berhenti keluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya 
Contohnya seorang wanita yang berusia 25 tahun tak period sebab ovarinya dah menapause
Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya





4. FIBROID RAHIM 

 Fibroid rahim ada tumor tapi bukan kanser 
 Selalunya terjadi kat wanita yang pernah melahirkan anak 
 Punca disebabkan terdapat darah haid tak habis keluar atau darah nifas yang tidak dikeluarkan dengan habis semasa proses berpantang 
 Tanda-tanda Fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat 




5. ENDOMETRIOSIS 

 Tisu yang sepatutnya tumbuh di dalam rahim berkembang diluar rahim
 Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period 
 Menyebabkan kemandulan 

6. DYSMENORRHOEA

 Senggugut teruk 
 Tak serius tapi masih perlu diberi perhatian kerana ditakuti berlaku di sebabkan jangkitan.. endometriosis atau cyst




Cuba anda buat pemeriksaan.. adakah anda dalam golongan yang mengalami problem tuu? Jika 'YA' better anda cari penawar segera.. sebab apa ??



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT !!

 Antara pencegahan yang boleh dilakukan untuk elakkan sebarang masalah ialah 

 Tolong jaga kebersihan alat sulit anda 

 Elakkan daripada memakai pencuci wanita terlalu kerap sebab ia akan mematikan flora dan fauna di situ.

 Jangan buat teknik douching (menyembur air masuk kedalam vagina)

 Amalkan pemakanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran 

 Elakkan pemakanan yang bersifat hormon. Seeloknya makan sumber protein seperti ayam kampung, ikan, daging lembu yang tak dicucuk dengan hormo

 Elakkan makanan segera kerana ia mempunyai kandungan garam dan bahan perasa yang tinggi

 Amalkan pengambilan ubat atau supliment yang disyorkan oleh pakar sahaja. Pastikan ianya bersesuaian dengan masalah anda



Saturday, 16 February 2019

TESTOSTERON PUNCA LELAKI MALAS ???



Dalam tubuh lelaki terdapat hormon testosteron yang penting dalam kehidupan mereka sebagai lelaki.

Hormon ini bukan jer penting bagi menyemarakkan syahwat sebagai lelaki.. tetapi yang lebih penting.. hormon testosteron akan memberikan rasa untuk terus berjuang.. untuk bersaing.. menjadi kreatif .. menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.

Hormon testosteron juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormon testosteron bukan jer tak mempunyai nafsu syahwat terhadap isteri.. malah dia mungkin tak mempunyai rasa untuk berjuang.. bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya.. tak kreatif dan tak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga.



Oleh itu.. jika isteri perasan.. suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerja diluar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh diluar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.

Hormon Testosteron mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormon testosteron tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh tu.. jangan terkejut la jika awal pagi suami korg mudah mendapat penile erection.. Kekerasan zakar tu disebabkan oleh hormon testosteron yang semakin meningkat dalam tubuhnya. Hihihiii..

Selain tu.. ramai lelaki yang menjadi letih bila masuk waktu senja.. ini bukan sebab pengaru Jin tau.. tetapi hormonnya semakin menurun. Jadi suami selalunya tak bertenaga utk lakukan kerja-kerja rumah bila balik rumah 

Apatah lagi jika banyak kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental ditempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tak membantu.



Walaupun ia adalah suatu tindakan tak wajar.. isteri kena faham kitaran hormon nii.. Jika tak ini akan menyebabkan ketegangan rumahtangga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonnya menjadi menurun dan tak lagi bermaya di dalam kamar tidur.

Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami.. kepekatan testosteron akan meningkat jika merasa bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna. 

Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka masam isteri yang sedang membebel ketika sedang berehat lepas balik kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosteron jadi lebih rendah.



Macam Mana Isteri Boleh Bantu Suami ??

Jika perlukan bantuan melakukan kerja dalam rumah.. minta bantuan dengan senyuman dan pujian. Puji suami melambung sebelum minta tolong.

Suami mana yang tak cair jika isteri dengan nada lembut.. menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk hulurkan bantuan.



SENYUMAN ISTERI ADALAH YANG TERBAIK MENINGKATKAN HORMON SUAMI ! 

Wallahu'alam~ 

[ Sumber : Dr. Zubaidi Hj Ahmad ]

Wednesday, 13 February 2019

DUHAI LELAKI !! AMBIL TAHU MASALAH KAMU KALAU TAK NAK....



Buat lelaki semua.. korang tau tak yg 40% problem kemandulan korang berpunca daripada kualiti sperma ! Bunyinya menyedihkan kan ? Tapi tu la fakta yang korang perlu tau.. & bila sperma yang dihasilkan kurang berkualiti.. pastinya peluang untuk korang dapat title mandul cukup tinggi. Nak tau sebabnyer ?

Bila lelaki tak subur.. peluang untuk korang memiliki anak rendah.. & ini sangat ditakuti oleh semua golongan wanita terutama isteri yang berharap untuk ada cahaya mata sendiri.

Jom kita ambil tau tentang kesuburan lelaki & masalah infertiliti mereka supaya mudah untuk korang kenal pasti punca & langkah mencegah dari problem ini jadi semakin serius.




KESUBURAN LELAKI

Kemampuan lelaki untuk menghasilkan sperma yang sempurna dan banyak.. serta sperma tersebut dapat berenang dengan lancar ke telur (ovum) di rahim wanita untuk proses persenyawaan. Itu yang dimaksudkan dengan lelaki subur

SPERMA SEMPURNA 

Air mani (sperma + cecair nutrien yang berkualiti & subur. Purata isi padu cecair air mani lelaki yang sihat ialah 3ml & kepekatan sperma ialah 85 juta per ml.

Semasa ejakulasi.. biasanya sperma & cecair prostatik keluar dulu & diikuti oleh cecair vesikel seminal. 

Cecair ni mula membeku.. menjadikan air mani kelihatan berketul seperti gel. Namun ia akan mula cair selepas 20 minit atau lebih.




BILA WAKTU SUBUR LELAKI

Waktu subur lelaki tak mempunyai kitaran bulanan seperti orang perempuan.. tapi ia berlaku setiap waktu pagi.. terutama time musim sejuk atau dalam suhu sejuk 

Perubahan suhu & musim akan mempengaruhi jumlah sperma lelaki. Pada waktu pagi & musim sejuk.. jumlah sperma pada lelaki akan lebih banyak berbanding suhu musim panas 

Kira-kira jam 4 pagi hingga 7 pagi adalah waktu paling subur bagi lelaki.. dan waktu terbaik untuk pasangan suami isteri melakukan hubungan seks 

Buah zakar lelaki sangat sensitif kepada suhu.. Suhu yang panas akan memendekkan kualiti & jangka hayat sperma. Oleh tu.. lelaki tak disarankan mandi sauna / wap panas ataupun mandi kolam air panas untuk tempoh lama.




TANDA LELAKI TAK SUBUR


  • Zakar lambat tegang 
  • Mudah terpancut
  • Kurang nafsu terhadap isteri
  • Sperma lambat atau gagal berenang ke ovum
  • Sperma cacat
  • Kurang stamina dan cepat letih 


PUNCA LELAKI TAK SUBUR


  • Stress 
  • Kesihatan
  • Pemakanan yang tidak sihat 
  • Merokok 
  • Obesiti 
  • Kencing Manis 
  • Suhu 
  • Keturunan 
  • Memakai seluar ketat 
  • Kuat melancap (Beronani)
  • Lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome (memiliki alat kelamin kecil)
  • Penyakit kronik dalam tempoh panjang 
  • Jangkitan kuman dan penyakit kelamin seperti serangan kuman Gonohea, HIV, Herpes, Genital dan sebagainya 
  • Penyakit Varicoles atau Hernia yang meyebabkan zakar menjadi besar, keras dan sakit
  • Menghadapi masalah pada skrotum 
  • Kecacatan kekal dengan kelahiran mempunyai sebelah zakar 
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin 
  • Terlalu banyak pengambilan ubat penyakit 



JENIS MASALAH KESUBURAN LELAKI 

OLIGOSPERMIA / OLIGOOZOSPERMIA
 Bilangan sperma kurang 

TERATOSPERMIA 
 Bilangan sperma banyak dan kurang berkualiti serta berlaku kecacatan pada sperma 

ASTHENOSPERMIA
 Sperma tidak bergerak aktif dan lemah

SINDROME OTA [ Oligo / Terato & Astheno ]
 Keadaan sperma kurang, tidak aktif dan kurang berkualiti




BAGAIMANA NAK ELAK MASALAH KESUBURAN LELAKI ??


  • Guna seluar longgar & jangan terlalu ketat 
  • Kurang pendedahan bahan kimia & radiasi berlebihan 
  • Elak alat sulit berada dikawasan panas seperti meletakkan laptop diatas riba 
  • Elakkan makanan yang boleh jejaskan kualiti sperma & mengandungi bahan pengawet yang tinggi 
  • Elakkan minuma beralkohol 
  • Hentikan tabiat merokok & jauhi perokok sebab ia penyumbang utama masalah kesuburan 
  • Kurangkan tekanan & jauhi perasaan kemurungan 
  • Dapatkan berat badan yang ideal
  • Amalkan makan makanan sunnah & pengambilan suplimen yang sesuai seperti produk Listra   


Monday, 4 February 2019

AMBIL TAHU BILA WAKTUNYA






Kitaran haid (period) adalah proses perubahan bulanan yang akan dilalui oleh badan setiap wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan salah satu ovari akan melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama.. perubahan hormon membantu rahim untuk bersedia menerima kehamilan. 

Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan.. lapisan rahim akan luruh melalui faraj dalam bentuk darah yang bercamput dengan bahan daripada lapisan dalaman rahim. Proses inilah yang dipanggil kitaran haid.

Kitaran haid dikawal oleh pelbagai jenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak dan juga ovari. Selepas pendarahan haid berhenti.. hormon estrogen menjadi semakin banyak dirembeskan oleh ovari & meransang pembentukkan dinding rahim baru. 

Peningkatan hormon ini pula akan beri kesan negatif pada kelenjar pituitari. Hormon lain seperti peluteinan (LH) yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari seterusnya akan menyebabkan pengovulan yang berlaku pada hari ke 14 sebelum haid yang akan datang. 

Pada peringkat ini.. wanita akan berada dalam keadaan subur & potensi kehamilan boleh terjadi jika lakukan hubungan seks.

Jangka hayat ovum adalah 36-48 jam. Sekiranya ovum tak disenyawakan dalam tempoh ini.. ia akan merosot & menjadi kuning yang dinamakan korpus luteum. Seterusnya pengelupasan & pemecahan dinding dalam rahim akan berlaku dan terjadinya darah haid.

HAID NORMAL 

Kitaran haid dikira dari hari pertama haid dengan hari pertama haid akan datang. Kitaran haid biasanya berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari dan akan berlangsung selama 2 hingga 7 hari. Tetapi anda perlu diingatkan bahawa ianya tak sama untuk setiap wanita. Pendarahan haid mungkin berbeza selepas seseorang wanita baligh berkahwin & bersalin.

HAID TIDAK NORMAL 

Kitaran haid tidak teratur bermaksud ia berlaku di antara tempoh yang berbeza iaitu 

TEMPOH PANJANG 

Berlaku pendarahan yang melebihi tempoh 7 - 15 hari atau sering dipanggil sebagai haid berpanjangan. Ia di kenali sebagai Menorrhagia 

TEMPOH PENDEK 

Berlaku pendarahan dalam jangka masa pendek dan darah yang keluar sedikit.





PUNCA HAID TIDAK TERATUR 

1. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
2. Kegagalan ovari pra-matang
3. Gangguan Tiroid (Hyperthyroidism atau Hypothyroidism)
4. Tekanan
5. Penghasilan Terlalu Banyak Hormon Prolactin 

Kitar haid terdiri daripada empat fasa iaitu fasa pendarahan

FASA PENDARAHAN 


  • Berlaku selama 2-8 hari & kemungkinan didahului dengan tanda seperti pening kepala, sakit perut, rasa mual dan muntah-muntah. 
  • Haid satu kitaran hormon sedang berlaku dengan sempurna dalam badan wanita setiap 28 hingga 35 hari. Bagi setiap pusinan yang normal, wanita akan kehilangan darah sebanyak 35ml hingga - 50ml



FASA FOLIKULAR 

  • Folikel yang kecil dalam ovari akan membesar untuk menghasilkan ovum. 
  • Terdapat 3 sampai 30 biji folikel akan membesar antara hari ke 8 sampai hari ke 10 kitaran haid.
  • Setiap folikel mempunyai ovum & akan mengalami kematangan pada hari ke 12 hingga hari ke 16
  • Pada hari ke 6 hingga hari ke 14 kitaran haid.. lapisan dinding rahim akan menjadi lebih tebal. Pada fasa ini juga terdapat peningkatan hormon estrogen yang dihasilkan oleh ovari.

FASA PENGOVULAN 

  • Peningkatan hormon peluteinan yang mendadak berlaku pada hari ke 14 bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari. Hormon peluteinan dirembeskan oleh kelenjar pituitari
  • Peningkatan hormon menyebabkan folikel pecah dan membebaskan ovum dan proses ini dikenali sebagai pengovulan
  • Sesetengah wanita akan mengalami kesakitan atau rasa tak selesa dibahagia abdomen atau perut semasa ovum dilepaskan dan tanda ini dikenali sebagai mittelschmerz yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud sakit dipertengahan pusingan. 
  • Ovum yang dilepaskan sama dari sebelah kiri atau kanan ovari akan mengambil masa selama lebih kurang lima hari untuk bergerak melalui salur fallopio hingga ke dalam rahim. 



FASA LUTEUM 

  • Fasa ini berlangsung pada hari ke 15 sampai hari ke 28. Selepas folikel pecah dan mengeluarkan ovum.. ia akan tertutup dan membentuk korpus luteum
  • Korpus luteum akan merembeskan lebih banyak hormon progesteron yang akan menguatkan lapisan dinding rahim jika kehamilan berlaku.
  • Jika tak hamil.. korpus luteum tersebut aktif selama 14 hari dan selepas itu ia akan mengecut atau mengalami atresia. 
  • Ia akan menyebabkan aras hormon progesteron dan hormon estrogen mengalami penurunan yang mendadak. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan salur darah di lapisan dalam rahim akan kejang (spasma) dan mengakibatkan kekurangan bekalan darah ke lapisan atas rahim.
  • Tanpa oksigen dan bekalan makanan yang mencukupi sel-sel lapisan rahim (endometrium) akan mati dan seterusnya menjadi sebahagian daripada darah haid. 





Sunday, 3 February 2019

MOHON BACA JIKA ANDA MASIH SEORANG WANITA





Apa tu SINDROM POLISISTIK OVARI ??

Ovari menghasilkan lebih banyak folikel daripada biasa setiap bulan & biasanya kira-kira 5 folikel mula matang setiap kitaran haid. & sekurang-kurangnya 1 folikel yang mengandungi telur membebaskan telur matang semasa ovulasi.

Namun PCOS ialah satu keadaan dimana ovari membengkak kerana benih telur terperangkap di dalam ovari & tidak dapat melakukan penetasan pada waktu subur. Akhirnya akan timbul masalah kesuburan. Selain itu.. PCOS juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan wanita dimana terdapat lebihan hormon testosteron genetik lelaki & insulin di dalam tubuh wanita.



Menurut pakar kesuburan Sunfert International Fertility Center.. Dr Eeson Sinthamoney, tahap kesuburan wanita merosot selepas berusia 35 tahun. Keadaan ini membuatkan peluang untuk hamil selepas usia 35 tahun amat rendah berbanding wanita dalam lingkungan usia 20-an.

Pada masa sama.. tahap kesuburan lelaki juga merosot seiring peningkatan usia.. Jadi jika berkahwin lewat dan belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga.. jangan cepat menyalahkan pasangan.

Kira-kira  30% daripada kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada wanita dan 30% lagi daripada lelaki.. sementara tu 30% membabitkan kedua-duanya dan 10% tidak diketahui puncanya.



MACAM MANA NAK TAHU SESEORANG ITU ADA PCOS ?


  • Haid tidak teratur 
  • Haid panjang dan terlalu lama 
  • Tidak datang haid langsung 
  • Haid datang dengan kerap
  • Haid datang beberapa bulan sekali 
  • Gemuk / Obesiti
  • Botak  
  • Kencing manis 
  • Mandul
  • Tumbuh rambut halus pada muka dan dada wanita seperti misai & janggut 


PUNCA PENYAKIT PCOS 

  • Keturunan / Baka 
  • Makanan yang mengandungi banyak karbohidrat, gula, perisa, bahan pengawet 
  • Stress / Tekanan fizikal & Mental
APAKAH RISIKO & KESAN JANGKA PANJANG ?

  • 10-20% pesakit PCOS akan menghidap penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk
  • Masalah kolestrol tinggi 
  • Masalah Darah Tinggi 
  • Masalah Sakit Jantung 
  • Kanser Rahim terutamanya kepada pesakit yang sering mengalami masalah haid.
  • Masalah susah nak TIDUR 
  • Mengalami Kemurungan Terlampau 
  • Endometrium Kanser (Endometrium Karsinoma)

MACAM MANA NAK RAWAT ?

  • Kawal kegemukkan (Obesiti)
  • Tingkatkan kesuburan dengan pengambilan suplimen atau ubat kesuburan seperti ubat subur Clomiphene, suntikan hormon Ganadotrophin, Ubat Metformine & makanan sunnah
  • Rawatan Pembedahan Laparoscopy & Ovarian Drilling 

LIVE CHAT