Terima kasih Listra..
SAYA TAK GILA UNTUK BUNUH DIRI....
7 tahun usia perkahwinan dan sepanjang usia tu dah 4 kali saya keguguran. Namun tak pernah sedikit pun saya give up.. hanya kerana saya ingin berikan zuriat dan keturunan buat suami saya.
Alhamdulillah.. saya mengandung sekali lagi.. untuk kali kelima rahim saya berisi dengan nyawa. Dan kali ini saya akan pastikan ia lahir dengan selamat. Namun.. takdir Allah menentukan segalanya. Anak saya meninggal dunia dalam kandungan.
Selama ini saya menanti anak ckup lama.. belum sempat menyusu.. tengok2 dah tak bernyawa. Masa tu saya tak boleh terima hakikat yang anak saya pergi tinggalkan saya macam tu je.
Jiwa saya kosong.. tak ada perasaan langsung.. mula rasa give up sampai satu tahap saya jadi macam orang tak betul. Siapa boleh terima bila anak yang kita kandung dengan bersungguh dan berharap ia lahir kedunia menjadi impian akhirnya musnah sekelip mata.
Pernah doktor sakit jiwa tanya pada saya
" Puan ada niat tak nak bunuh diri atau nak curi baby orang lain ?? "
Soalan apakah itu.. walaupun saya masih belum kuat untuk menerima takdir Allah.. namun saya masih lagi beragama dan tahu hukum.. tak tergamak untuk saya bunuh diri atau ambil anak orang !
Pada yang alami dapat merasai susahnya untuk redha dengan ketentuan Allah. Namun.. walaupun ambil masa yang lama untuk pulih dan bangkit.. saya tetap usahakan.
SAYA TETAP NAK BAGI ZURIAT BUAT SUAMI
Saya kerap berjumpa pakar untuk dapatkan rawatan lanjut. Alhamdulillah.. emosi saya makin stabil dan saya boleh terima hakikat yang anak-anak saya sedang menanti di syurga. Saya cuba macam-macam cara untuk kuatkan rahim dan boleh mengandung semula.. Namun.. satu hari tu doktor bagitau.
" Maaf puan ! Fibroid puan agak besar dan potensi untuk puan hamil lagi tiada. Dan jika puan hamil.. ia akan bagi kesan pada kesihatan puan.. dan tu agak berisiko puan. "
Pada masa tu.. hanya Allah yang tahu perasaan saya. LOST ! dan hanya air mata teman bicara saya.
TEMPOH SETAHUN BAGI CUCU ATAU IZINKAN SUAMI KAHWIN LAIN !
Paling menyedihkan.. penerimaan keluarga mertua lebih-lebih mak mertua dan adik-beradik suami saya.
Pernah satu hari tu.. mereka minta saya setuju suami saya kahwin lain jika saya tak dapat bagi anak untuk suami saya. Memang boleh buat tekanan laa..
Tiap kali saya datang ziarah keluarga suami saya.. mesti kena sindir.
" Duit hantaran banyak.. tak guna r abang kita kahwin dengan akak tapi akak tak dapat bagi anak ! "
Mertua pula saya siap bagi tempoh setahun.. sekiranya saya tak boleh bagi anak untuk suami.. dia nak suami saya kahwin satu lagi untuk beri zuriat pada keturunan dia.
MEREKA TAK NAMPAK KE USAHA SAYA SELAMA INI ?
Selama tempoh tu juga la saya cuba ikhtiar. sampai mak saya sendiri bawa saya pergi jumpa pakar di hospital swasta dan kerajaan. pergi kampung kehulu hilir bawa saya cari penawar. Hanya sebab nak buktikan yang saya boleh mengandung dan melahirkan anak.
Begitu sekali sokongan yang saya terima dari keluarga saya. Tapi saya tak dapat sokongan macam tu dari keluarga mertua.. langsung tak ada. Yang mereka tau cuma perli.. kutuk.. buat saya macam KAIN BURUK. Tak boleh bagi zuriat pada anak dia lah..
Padahal saya usaha.. mereka tak nampak usaha saya selama ni yang 4 kali hamil dan gugur dan yang kelima meninggal dunia.
Dengan doktor bagitau risiko jika saya mengandung lagi.. tapi saya tetap nak bagi zuriat buat suami saya walaupun ganti dengan nyawa saya sendiri.. saya sanggup.. Mereka tak nampak semua tu.. itu yang buat saya bertambah sedih.
KAMI SELALU GADUH DAN DAH TAK BAHAGIA MACAM DULU !
Tiap hari kami akan gaduh.. tak macam masa awal kahwin.. cukup bahagia. Namun bila dah banyak kali gugur.. keluarga desak siap nak cari madu untuk saya.. menyebabkan hubungan saya dengan suami tak macam dulu. Selalu gaduh disebabkan anak.
Saya pernah desak dia untuk kahwin lagi.. dan saya setuju dengan keputusan keluarga dia. Sebab saya tak dapat bagi suami saya zuriat. Masa tu saya rasa berdosa sangat sebab tak dapat jadi isteri yang sempurna.
Namun keputusan dia tak nak.. dia terima saya seadanya dan tak ambil peduli apa yang orang lain kata. Keadaan tu buat saya rasa bersalah.. Saya tak nak dia bertengkar dan menjadi anak derhaka disebabkan saya.
KINI SAYA BAHAGIA DENGAN KEHADIRANNYA !
Alhamdulillah semua tu dah jadi kenangan pahit dalam hidup kami. Saya yakin dengan ujian yang Allah bagi pada saya untuk buat saya dan suami jadi lebih kuat. Dengan izin Allah.. saya kenal dengan produk Listra. Saya amalkan dengan harapan fibroid saya hilang dan masalah kesihatan saya kembali pulih sepenuhnya. Dan semestinya ikhtiar saya untuk mengandung dan beri anak buat suami tetap ada.
Kini, saya dah ada seorang anak perempuan dari rahim saya sendiri. Allah makbulkan doa saya. Jika dulu saya kain buruk dalam keluarga mertua.. sekarang tak lagi. Saya cukup bahagia sekarang.. Dan saya berharap rasa bahagia tak berhenti setakat tu.. kerana saya yakin
Selagi saya ada rahim.. saya boleh hamil dengan izin Allah !
Terima kasih Listra ! Kerana Listra jadi asbab ikhtiar saya untuk dapatkan anak dengan izin Allah !
Ya Allah Ya Mussawir.. bentukkanlah satu janin yang sempurna sifatnya di dalam rahim kami.. Kami yakin Ya Allah Ya Baari telah aturkan yang terbaik buat kami. Dan kami yakin selagi kami ada rahim.. kami pasti akan jadi ibu satu hari nanti. Aamin Ya Mujib~
Buat keluarga.. jangan hina kami lagi yerr.. kami janji akan terus cuba dan ikhtiar.. Sama-sama kita doakan.. Moga Allah makbulkan impian kita.. nak dapat anak dan beri cucu buat keluarga.