Sebab ia berpunca dari kandungan luar rahim.. dan masih ramai yang tak tahu betapa bahayanya mengandung luar rahim nii.. kalau tak dapat perhatian dan rawatan segera boleh mengundang kematian kepada ibu dan anak.
Kehamilan Ektopik.
Mengandung luar rahim dikenali sebagai kehamilan ektopik dimana janin pada kebiasaannya akan melekat dan membesar di tiub fallopio. Ia juga boleh mendatangkan kematian kalau tak dikesan dari awal krana jika fetus mula membesar boleh menyebabkan tiub pecah.
Secara ringkasnya.. kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (Ektopas)
GREEK = EKTOPAS (di luar tempat atau kehamilan diluar rahim)
Dijangka 1-2% kehamilan dan 1 dari 50 wanita akan alami kehamilan adalah kehamilan ektopik. Dari jumlah ni.. 98% merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopio. Kehamilan ektopik lain termasuklah di rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks.
MINGGU PERTAMA
Mengandung luar rahim ini sering didapati semasa 5-10 minggu pertama kehamilan.. Ia juga merupakan punca utama kematian di kalangan ibu-ibu mengandung sewaktu trimester pertama kehamilan.
Sangat bahaya sebab terdapat arteri yang besar di luar setiap tiub fallopio. Jika arteri pecah. pendarahan serius akan berlaku sehingga menyebabkan kematian.
ULTRASOUND
Anda boleh pastikan kehamilan dalam rahim dengan menjalani pemeriksaan ultrasound. Jika anda gugurkan anak tanpa melakukan ultrasound terlebih dulu. Berkemungkinan anda mengalami kehamilan ektopik yang tak dikesan.
FAKTOR & PUNCA MENGANDUNG LUAR RAHIM
Bagaimana mengandung luar rahim ini boleh berlaku ? Ia mungkin disebabkan jangkitan tiub terdahulu seperti penyakit berkaitan radang pelvis, klamidia dan gonorea.
Selain tu.. ia juga boleh terjadi berpunca daripada pembedahan dalam abdomen.. terutama sekali yang melibatkan tiub fallopio ovary uterus bawah abdomen dan usus.
Jika anda menggunakan alat dalam rahim (IUD) sebagai pencegah kehamilan.. ia tak meningkatkan risiko untuk mengandung luar rahim. Tapi jika anda mengandung semasa IUD.. ia kemungkinan besar sedang mengandung luar hamil.
TANDA MENGANDUNG LUAR RAHIM
Oleh sebab tu.. anda perlu tahu tanda yang sering dikaitkan dengan mengandung luar rahim.
- Pendarahan kecil dalam faraj
- Loya dan muntah beserta rasa sakit
- Sakit dibahagian bawah abdomen
- Kekejangan abdomen
- Pening
- Rasa sakit bahagian bahu, tengkuk dan kemaluan
- Menstruasi atau haid lewat
- Sakit di bahagian bawah perut
- Vagina mengeluarkan darah atau cairan berwarna coklat cair
- Sakit ketika buang air kecil dan besar
- Rasa sakit sekejap sakit sekejap tidak disebabkan darah akibat pecahan ektopik yang terkumpul dibawah diafragma.
Jika tiub fallopio pecah.. kesakitan dan pendarahan teruk boleh mengakibatkan anda pitam.
RAWATAN
Rawatan Konservatif
Wanita yang boleh jalani rawatan konservatif termasuk wanita yang asimptomatik & tak pecah serta tiada pendarahan pelvis. Ia perlu diberikan kaunseling sewajarnya.
Selain itu.. tahap serum beta-hCG yang semakin kurang sesuai menjalani rawatan secara konservatif
Rawatan Perubatan
Suntikan Methotrexate tetapi dengan syarat :
- Kehamilan ektopik tak pecah
- Diameter kantung kehamilan kurang dari 3 cm
- Tahap serum beta-hCG kurang dari 3000 iu
- Imbasan ultrabunyi tak menunjukkan pendarahan dalam pelvis
- Anggaran tahap serum beta-hCG yang berterusan diperlukan untuk menilai keberkesanan
Pembedahan
Pembedahan Laparoskopi ( Pembedahan teropong) adalah rawatan bagi kebanyakkan kehamilan ektopik.
Bergantung pada kewujudan peralatan pembedahan dan kepakaran doktor.
Doktor memilih untuk membuang ektopik atau membuang keseluruhan tiub dan keputusan berdasarkan pemerhatian ke atas kesihatan tiub lain.
Bagi kes tiub yang dah pecah keadaan pesakit tak stabil.. pembedahan terpaksa dilakukan kerana proses pembedahan dapat dilakukan dengan cepat.
Jika berlaku kes kehilangan darah yang banyak.. pemindahan darah diperlukan.
Ada Peluang Ker Nak Mengandung Lagi ??
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM).. peluang untuk hamil pada masa depan masih ada tetapi bergantung kepada berapa sihat tiub fallopio sebelah jika tiada sekatan atau rosak.
Peluang untuk hamil masih ada tak kira sama ada tiub terjejas oleh ektopik dikekalkan atau dibuang sepenuhnya
65-70% wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Namun jika kedua-dua tiub fallopio rosak atau pecah.. anda perlu jalani rawatan (IVF) untuk hamil pada masa depan.
Walapu apapun yang berlaku.. anda perlu ambil iktibar dan mengandung luar rahim bukanlah penghalang untuk anda tak mencuba untuk mendapatkan anak lagi. Segala yang berlaku pasti ada sebab dan anggaplah tiada rezeki pada kali ini. Insha-Allah~
Video di bawah ni ada proses pembedahan membuang fetus dalam tiub fallopio dari Dr.S.Selva BGM MBBS (Mal) FRCOG [UK] FIGS (USA), Master of Reproductive Medicine (Australia) Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pakar IVF.
No comments:
Post a Comment