Terdapat banyak petanda yang anda hamil.. antara yang paling ketara adalah anda mungkin 'missed' waktu haid, perubahan fizikal dan emosi, perubahan suhu badan, selera bertambah dan banyak lagi.
Tetapi apa yang mengelirukan adalah apabila anda membuat pemeriksaan sendiri dengan pregnancy test (UPT) terdapat tanda kabur di alat pengesan kehamilan anda.
Apa maksudnya jika pregnancy test line kabur ? Hamil atau tidak ?
KENAPA PREGNANT TEST LINE KABUR ??
Tahukah anda.. jenis alat pengesan kehamilan atau pregnancy test empunyai tahap sensitiviti yang berbeza ? Ada yang boleh mnegesan kehamilan sebelum terlepas tarikh period, malah ada yang hanya boleh digunakan selepas 2-3 minggu lewat datang bulan.
Tetapi anda mungkin akan keliru atau kecewa bila terlihat 2 garisan tetapi salah satunya pudar. Ujian kehamilan yang kabur biasanya perkara biasa dan terdapat beberapa penjelasan tentang perkara ini.
Jom kita semak apakah jawapannya jika pregnant test line kabur.
1. TAHNIAH !! ANDA HAMIL !!
" Saya dah check air kencing.. tapi UPT line dia kabur ! Sebenarnya saya mengandung atau tidak yerr ??"
Ok ! Berikta baiknya.. 2 garisan di alat pengesan kehamilan menandakan anda hamil.. walaupun garisannya kelihatan pudar atau lambat muncul.
Ini kerana setiap alat pengesan kehamilan menunjukkan sensitiviti yang berlainan.. dan ia juga berlaku kerana paras hormon kehamilan HCG (Human Chorionic Gonadotropin) dalam air kencing anda telalu rendah untuk dikesan. Sebaik sahaja hamil.. badan akan mula menghasilkan HCG. Tahap hormon HCG akan semakin meningkat dan jika HCG hadir dalam air kencing.. anda akan dapat keputusan ujian positif.
Paras HCG penting untuk mengesan kehamilan dan paras HCG lebih tinggi pada waktu awal pagi atau pada masa perut anda kosong sekurang-kurangnya 4 jam. Jika HCG hadir dalam air kencing masa anda ada tahap hormon yang rendah.. Ini menyebabkan ujian kehamilan positif dengan garisan pudar. Ini juga bermaksud tempoh kehamilan masih di peringkat awal.
2. MUNGKIN ANDA TIDAK HAMIL KERANA IA GARIS PENYEJATAN
Jika anda mendapati garisan positif pudar.. anda mungkin juga tidak hamil. Kadangkala apa yang muncul sebagai garisan positif sebenarnya garisan penyejatan. Gariz yang mengelirukan ini boleh muncul hasil air kencing menguap dari kayu. Sekiranya anda menggunakan UPT dan semak garisan dalam tempoh yang disyorkan dan melihat garis positif yang lemahg.. anda mungkin hamil.
Sebaliknya, jika anda tidak memeriksa ujian sehingga 10 minit kemudian, garisan samar adalah garisan penyejatan yang bermaksud anda tidak hamil.
Jika anda keliru sama ada garis kabur adalah garisan positif atau garisan penyejatan.. cuba sekali lagi dalam tempoh 2 atau 3 hari.
Sekiranya anda hamil.. ini memberi masa tambahan kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak hormon HCG yang menghasilkan garis positif lebih jelas.
3. ANDA MUNGKIN TELAH KEGUGURAN
Malangnya.. pregnancy test line kabur juga boleh menjadi tanda keguguran.. yang menunjukkan badan mungkin mempunyai hormon kehamilan dalam badan. Anda mungkin ada pendarahan yang menyerupai kitaran haid dan krem ringan.
Pendarahan juga mungkin belum berlaku lagi.. jadi anda mungkin tidak mengetahui yang anda keguguran.
Namun, jika anda mengambil ujian kehamilan dirumah semasa pendarahan dan hasil menunjukkan garis positif yang lemah.. anda mungkin mengalami keguguran.
Berita baiknya adalah wanita yang mengalami keguguran tidak semestinya mempunyai masalah untuk hamil pada masa akan datang !
Jika anda tidak pasti sama ada garis pudar pada ujian kahamilan adalah hasil positif.. cuba sekali lagi atau buat temu janji dengan doktor untuk ujian kehamilan di klinik.
Sekiranya anda fikir anda mengalami keguguran awal.. beritahu doktor tentang keadaan itu.