Bila berbicara tentang period.. pasti ramai yang membayangkan masalah period korang sekarang kan. Tak kurang gak yang senyum lebar sebab kitaran lancar setiap bulan.
Walau macam mana pun keadaannya.. isu darah haid ni masih lagi dianggap topik taboo yang tak pernah la dibincangkan oleh orang ramai.
Namun apa yang selalu kita dengar.. bila datang bulan ni (time period) ramai wanita boleh jadi 'Gila' sebab sakit senggugut, kembung perut, sakit tulang belakang, sakit satu badan dan macam-macam lagi r.
Semua tu bergantung pada keadaan kesihatan dan kesuburan korang. Ada jer yang period lancar dan tak sakit badan.
Tapi kali ni.. kami nak kongsikan dengan korang semua tentang 5 perkara penting yang sering disampaikan oleh darah haid (period) tentang kesihatan kita...
Haa.. interesting kan.. sebenarnyer dari darah haid.. korang boleh tahu banyak perkara tentang kesihatan.
TAK PERCAYA ??? Baca nii..
BERAPA BANYAK DARAH HAID ANDA ?
Jika darah haid sikit.. ia tanda ketidakseimbangan hormon.. pemakanan yang kurang sihat.. tertekan dan ada masalah bahagian kelenjar tiroid mahupun pituitari.
Darah haid yang sikit pun mungkin jadi penyebab
Anomali Mullerian
- Sejenis gangguan disebabkan oleh selaput dara yang tak terbentuk dengan sempurna.. lalu menyekat pengaliran darah haid
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Gangguan Autoimun.
Namun.. sekiranya anda makan pil perancang.. mungkin darah haid anda akan keluar sikit jer.
Bagi darah haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan
- Anemia
- Fibroid
- Pertumbuhan pada dinding rahim
- Polyps
- Tumor dalam serviks atau rahim
- Endometriosis
Biasanya ia akan serang wanita yang berusia 35 tahun ke atas. Namun tak mustahil bagi anda yang berusia bawah 35 tahun terkena.. Haaa.. jaga jaga.
ADA DARAH WALUPUN LEPAS DATANG BULAN
Ok ! untuk kes ini pendarahan secara tiba-tiba.. walaupun lepas datang bulan (period) adalah tanda-tanda yang bahaya. Sebab ia mungkin tanda
- Jangkitan vagina
- Polyps dibahagian serviks atau rahim
- Ketidakseimbangan hormon
Namun begitu.. bagi wanita yang ambil pil perancang.. mungkin akan melalui insiden berdarah walaupun baru lepas period.
Berjumpa dengan pakar dan ambil tahu tentang masalah kesihatan dan kesuburan korang tau.
KESAKITAN AKIBAT DATANG BULAN
Kenapa kita selalu sakit bila period ? Semuanya sebab hormon prostaglandin. Hormon ini menyebabkan anda rasa sakit dan keradangan dalam badan.
Namun bagitu.. kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut biasanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius..
Endometriosis ni adalah satu keadaan dimana tisu rahim tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik)
kesannya.. darah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.
Haaa. dari darah haid je boleh dedahkan keadaan kesihatan hormon.. Hebatkan !
Kebiasaannya.. wanita akan alami 1 dari 3 warna darah haid ni..
Warna keungguan macam buah ceri.
- Menunjukkan paras estrogen yang sangat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran period melampau.
Warna merah macam jem strawberi
- Warna sikit cerah ini menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Ia boleh mengakibatkan faraj kekeringan, rambut gugur & keletihan.
Warna pekat seperti jus krenberi.
- Warna normal untuk darah haid. Biasanya.. wanita yang datang haid dengan warna ini akam alami PMS
Ini perkara yang sangat sangat penting. Berapa kerap anda datang bulan dah menunjukkan bagaimana kesihatan badan anda secara keseluruhan.
Jika anda dah lama/lewat tak datang bulan.. lepas tu tak ada tanda-tanda korang hamil.. ianya bermaksud hormon dalam badan tak seimbang
Berjumpa dengan pakar untuk dapatkan bantuan
BAGAIMANA?? banyak tak benda yang korang belajar daripada darah haid ni ?? So sekarang mari kita sama-sama jaga kesihatan kita terutamanya period.
Kne pastikan PERION ON TIME
Sumber rujukan: Healthline, NHS, Medscape dan WebMD